Jumlah Rakan

Powered by website analytics technology.

Akuariumku...

Rabu, 3 November 2010

Apa itu Teknologi Nano?

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan NANO, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik di dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Apakah Teknologi NANO?

Teknologi NANO, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL.

1 nanometer = 0.000000001 meter  atau 10-9 m

Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz NANO, sehingga mencapai 1,000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.

Penggunaan Teknologi NANO

Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 1o juta kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambah kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan