AIR (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Kitaran AIR menjelaskan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam perut bumi dan di lapisan atmosfera bumi. Air di bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, daripada air (cecair) kepada wap (gas)atau kepada ais (pepejal) dan kembali semula. Kitaran air telah berlaku semenjak bumi wujud lagi dan semua kehidupan di bumi bergantung kepadanya. Bumi akan menjadi sebuah planet tanpa kehidupan jika tiada kewujudan air.
اَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيْعَ فِي الأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا أَلْوَانُهُ۞
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya ALLAH menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkanNYA dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya.”
Surah Az-zumar :21
Tiada ulasan:
Catat Ulasan