Jumlah Rakan

Powered by website analytics technology.

Akuariumku...

Ahad, 24 Oktober 2010

Selamatkah Sumber Air Kita???

PEMBEKAL AIR telah merawat air yang diperolehi dari sungai dan tasik yang telah dikenalpasti selamat. Namun begitu, kita semua sedia maklum bahawa sumber air tersebut telah tercemar akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti pembuangan sampah domestik, toksid dari kilang, baja kimia dari ladang dan juga pembalakan. Pembekal air telah merawat air tersebut menggunakan teknologi terkini dengan campuran klorin (bahan kimia yang beracun) dan menghasilkan air yang selamat digunakan serta dijamin oleh mereka. Adakah ia betul-betul selamat ???

Air yang dijamin 'selamat' itu telah melalui saluran paip yang sangat panjang untuk sampai ke rumah kita. Saluran paip tersebut mungkin telah berkarat dan bocor yang menyebabkan unsur-unsur luar yang beracun telah memasuki sistem bekalan air kita. Sebagai langkah berjaga-jaga dan pengguna yang bijak, anda disaran untuk menggunakan penapis air seperti gambarajah di atas. Melaburlah sedikit untuk kesihatan anda sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan